Saturday, May 6, 2017

Hari Pertama Pelajar Perubatan: Awkward, Noob, Lost

With 2/5 of my babes, on our first day in the hospital.
Photo was captured by pakcik guard yang berdedikasi berasal dari Sabahbahbah, Pakcik Ram, using Una's iPhone 7.



Jadi, berakhirlah sudah seminggu pertama aku ke hospital. Eh tak tak bukan ada kanser tapi aku baru je start tahun 3 (tahun klinikal) atau Dr Mu cakap "the year of freedom, where you are as free as a bird" Tak tahu lah mana year of freedom nya bila sebenarnya kitorang masih terikat dengan jadual and menggelabah cari group leader untuk sign attendance everyday hahah!



First posting aku kalini ialah posting Surgery. And tiada yang lebih awkward daripada pergi ward work pada hari pertama clinical year tapi tak tahu nak buat apa. Konon konon pakai labcoat dan bawa stethoscope dalam poket sambil jalan kat koridor yang dipenuhi orang ramai (tak buat catwalk) tapi sebenarnya ilmu di dada tu macam tulur ayam. Bila sampai ward je, first thing yang aku nampak ialah budak budak medik universiti lain yang tengah tidur kat sofa wad. And aku cam fikir balik, semalam aku tidur 7 jam bersyukur betul.



Dahlah tak tahu nak buat apa, so apa yang kitorang buat ialah berjalan jalan dekat ward dan baca file pesakit (bukannya faham pun tapi acah acah) Sambil berjalan tu confirm mata mata pesakit akan ikut je kau sebab tetibe harini ada tambahan 30 orang berlab coat berjalan jalan dengan muka awkward and noob. Ya itulah kamiiii pelajar perubatan hari pertama! Hahah! Ward work yang sepatutnya 5 jam dalam jadual, kitorang cuma buat 1 jam sebab terlalu pelik dan lost. Dan petang tu, kitorang kena balik ke MSU sebab ada lecture bertajuk Benign Breast Disorders. Balik je rumah pukul 5 petang dan bye nak pengsan jap.



Hari kedua pulak, alhamdulillah skala awkward tu dah menurun sikit. Tapi masih awkward. Macam biasa pergi ward dan masih nampak budak universiti hospital lain tu tidur kat sofa ward. Hari kedua ni jumpa dengan Luqman, classmate masa dekat SM Sains Tapah dulu. Luqman course yang sama dengan aku cuma bezanya, Luqman belajar kat Mahsa University and sekarang dia tengah posting OnG. Dia kat tingkat 6 aku kat tingkat 5 blok hospital yang sama. Aku cerita dekat Luqman experience first day aku bla bla bla. And Luqman bawa jalan jalan dekat ward sambil explain apa yang aku kena buat, and ajar macam mana nak clerk patient.



So aku cuba clerk patient tapi masih takut dan awkward so haruslah clerk secara berkumpulan haha! Patient pertama yang kitorang clerk ada case hiatal hernia (bila bhg atas perut kau termasuk sikit dalam esophagus) and kesan dia, patient tak boleh nak makan sebab sakit. Kesian sebenarnya aku tengok auntie tu sebab scale kesakitan yang dia bagi ialah 8/10 dan muka dia macam "hish bila lah budak2 ni nak blah perut aku sakit ni aku nak tido" tapi dia bagi jugak kitorang tanya soalan sikit dan kitorang ni pulak tanya soalan macam acah acah tahu takpelah at least ada progress sikit daripada semalam *bangga*



Patient kedua pula special sikit. Dia masuk wad surgery sebab accident terjatuh dalam periuk besar berisi air mendidih - separa badan melecur - tangan kanan tak boleh bergerak and keras macam tu je. Kesian weh baru 19 tahun tapi senyum je masa cerita.



And ada yang lagi kesian bila ada polis datang ward untuk cari mak kepada bekas banduan sebab melalui apa yang aku eavesdrop (tak baik kan tapi nak buat jugak), anak dia buat masalah balik lepas keluar penjara and polis datang untuk tanya mak dia tu mana anak dia sekarang. Bila mak dia kata anak dia tak buat masalah dah sekarang, polis tu call pula ayah bekas banduan tu. Kesian weh, mak dia baru je lepas operation kat kepala. Baru dua hari kat hospital, tapi rasa macam dah experience banyak benda :'(



Hari kedua pun petang ada lecture kat MSU and habis lecture pukul 5 petang so bila balik rumah tu sama macam hari pertama ok bye aku nak pengsan jap.



Aku nak insert jugak cerita pasal my biggest achievement for this year that is, driving a car without anybody sitting beside me to guide meee! Hahah korang mesti cam "hek eleh tu ke biggest achievement?" But to me it is! Secara jujurnya since habis sekolah aku sangat jarang bawa kereta. Sebulan sekali pun jarang sebab satu, kereta sendiri takde. Dua, ayah aku tak galakkan sebab takut accident. Setiap kali ada accident kat tepi jalan dia akan kata "Kakak tengok tu. Kakak nak jadi macam tu ke?!" Lols of course lah tak nak duh.



So baru baru sebelum masuk hospital je baru banyak practise sikit guna kereta MH. MH banyak sangat ajar tunjukkan jalan, ajar dos and donts on the road, banyak bagi motivation, tak kurang juga banyak tutup muka sebab malu bila masa nak parking sebelah tayar ternaik kat tembok. (Kadang kadang tu kena marah tapi takpe sebab kalau ugut nak merajuk dapat aiskrim free) Ada sekali tu dia tunjukkan jalan ke Hospital Shah Alam so bila dah sampai HSA, tengok wow banyaknya parking kosong ok lah nak practise reverse parking lah camni. Sekali fail pastu ada dua orang pakcik pelawat ni tolong tunjukkan cara reverse parking. Dahlah lepas berjaya parking tu aku keluar untuk cari petak parking yang lain lepastu pakcik tu cam "hek eleh kau tgh belajar parking ke dik"



MEMANG SEMUA PEREMPUAN TERUK KE BILA MEMANDU?! DAN PARKING?! DAN BILA NAK BAYAR TOL TAK SAMPAI?! DAN KENA DUDUK ATAS DUA BANTAL UNTUK BAGI TINGGI SIKIT BILA DRIVING?!



Ok dahlah bye.

No comments: