Saturday, April 15, 2017

keberkatan

Image result for flower tumblr
Had to post this because Mom loves flowers so much. Flowers remind me of her :)


Pernah tanya satu soalan dekat twitter,
"Kita dah fikir pros and cons of sesuatu. Tapi patut ke kita ikut cakap mak dan ayah walaupun cons>pros?"


Then ada sorang kawan reply tweet tu.
"Ikutlah cakap mak dan ayah. InshaaAllah keberkatan akan menyusul"


I hope I'm making the right move.
I really do!

Wednesday, April 5, 2017

My adik bongsu, Organic

Harini aku nak cerita pasal something yang tak pernah aku niat untuk cerita, iaitu pasal kucing.


Aku ada sorang kawan rapat dekat Saujana Utama ni, nama dia Farhanah.
Family dia sangat sangat sukakan kucing.
Bukan kucing je tapi boleh kata semua binatang family dia sayang. (Boleh tahu sebab Farhanah selalu share pasal binatang kat FB hehe)
Farhanah ada bela hampir 20 ekor kucing dan dia jaga baik kucing kucing ni, semua gemuk gemuk dan membesar dengan sihat.
Bulu bulu kucing dia pun cantik ibarat macam setiap hari dia sikat.


Dulu masa darjah 6, dekat sekolah rendah kitorang, ada seekor anjing tersekat kat jaring gol kat padang sekolah.
And budak budak lelaki biasalah, boys being boys, diorang baling batu kat anjing tu.
Kononnya anjing tu haram so perlu direjam dengan batu, macam tu lah kot budak budak tu fikir.
Dan keesokan harinya, mak Farhanah (juga merupakan one of cikgu sekolah rendah kitorang) naik pentas dan terus tegur pasal perbuatan budak budak baling batu tu.
And mak dia menangis sambil menegur. Depan semua orang. Waktu perhimpunan pagi.
Benda ni jadi 10 tahun yang lepas tapi still fresh dalam kepala aku sebab aku tak boleh brain kenapa seorang manusia sanggup backup haiwan, sanggup sayang dan nangis untuk haiwan.


Aku pelik selama bertahun tahun lamanya sampailah,
Sampailah seekor anak kucing datang rumah aku dalam keadaan kurus kering, muka sememeh, pastu meow meow mintak makanan.
Abah yang first jumpa kucing tu kat laman rumah kitorang.
Abah belikan makanan dan terus kucing tu melekat kat rumah kitorang.
Aku namakan dia Organic. Sometimes panggil Oga and most of the time aku panggil dia adik.


Oga ni kucing yang tersangat sangat manja.
Seumur hidup aku, tak pernah aku jumpa kucing yang selalu excited nampak tuan dia, terus lari kat tuan dia dan suka buat kaki kitorang jadi bantal untuk dia baring.
Mula mula dulu aku cuak cuak jugak sebab tak pernah ada kucing, tetibe Oga pulak jenis yang pernah kejar aku sampai tingkat atas rumah (And aku lari pulak tu sebab takut hahaha)
(Btw lari sambil bawak penyapu sebab nak halau dia daripada kejar aku hahaha)
Pastu aku pernah cakap kat Abah yang Oga ni scary, asyik kejar orang je!


Abah jawab "Kucing tu takde mak tau. Dia takde sesiapa. Sebab tu manja dia lain macam dengan kita"


Jawapan Abah tu ntah kenapa ntah buat aku terdiam jap.
And sejak pada tu aku dah tak lari bila Oga kejar.
And lepastu aku belajar nak angkat dia pulak. (Sebelum ni tak berani angkat kucing)
Abah kerap belikan dia makanan. Makanan favourite dia whiskas junior and ayam goreng.
Whiskas junior tu bau and tekstur dia macam sardin dalam tin.
Dia tak suka makanan kering yg macam cereal tu.
And Oga ni punya manja, kalau ayam goreng tu besar, dia akan panggil aku untuk suruh cubitkan kecik kecik.


Sejak pada dengar jawapan abah ni jugak, aku start belajar sikit sikit pasal kucing.
Aku banyak tanya Farhanah and banyak google pasal kenapa kucing suka baring kat kaki, kenapa kucing meow meow, kucing faham ke tak bahasa manusia.
Tetibe wallpaper phone pun tukar jadi kucing.
Kiranya Oga ni gave a huge impact gak dalam hidup aku :)


Mak aku pernah buang dia. Tapi dia tahu jalan balik.
Mak aku tak suka kucing/ haiwan peliharaan sebab dia kata tak suka bau dan malas uruskan najis haiwan tu.
Tapi Oga pandai. Dia tak pernah kencing/ berak kat halaman rumah kitorang.
Dia akan keluar pergi padang untuk cari pasir.
Pernah sekali tu dia tak balik dua hari and aku hampir nangis jugak sebab aku dah savekan ayam untuk dia.
Tiba tiba dua hari lepas tu dia balik rumah pastu meow meow :(


Tapi Oga ada dengan kitorang tak lama.
Awal bulan Mac dia datang kat kitorang, and semalam (4/4/2017) dia tinggalkan kitorang.
Selama lamanya.
Abah tak sengaja terlanggar dia.
Oga ni sejenis yang excited bila nampak kitorang balik, so dia kejar kereta abah dan duduk bawah tayar.
Abah terlanggar kepala dia and dia pergi tanpa sempat aku jumpa dia semalam.
Abah menangis teruk lepas tanam dia kat padang depan rumah.
Aku tahu berita ni lambat, and guess what, aku yang dulunya pelik kenapa manusia boleh terlalu sayangkan haiwan, aku menangis paling teruk.
And while typing this pun tak boleh stop nangis.
Semalam pun nangis seharian sampai mata bengkak teruk.
Tapi takleh lawan abah kot.
Sebab tadi tengah breakfast kat restoran, dia boleh nangis sambil cerita pasal Oga :(


Barulah aku faham perasaan family Farhanah dan animal lovers yang lain.
Dulu rasa pelik dan kagum dengan family Farhanah sbb boleh sayang kucing sangat sangat,
Sekarang dah tak pelik sebab, once kita ada pet, kita rasa mcm attached sangat dengan dia and akan anggap dia mcm family sendiri.




Thanks adik sebab ajar kakak erti kasih sayang kat haiwan.
Kakak minta maaf selalu tak bagi adik masuk rumah sebab nanti mama marah.
Kakak rindu adik dan sayang adik, sepenuh hati kakak :')